Selasa, 9 Mac 2010 / Labels:

HANYA AMALAN YANG IKHLAS DITERIMA OLEH ALLAH


Di antara tanda-tanda taqwa ialah keikhlasan kita kepada Allah Ta’ala dalam semua ibadah, meninggalkan segala larangannya kerana firman Allah yang bermaksud :

padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah supaya menyembah Allah dengan dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya.” (surah Al-Bayyinah :5)

Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan Ahli Kitab, namun Al-Quran tetap menjadi petunjuk kepada umat Islam seluruhnya.

Dalam perkara keikhlasan ini, Rasulullah SAW menegaskan kepada umat Islam

Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat, bagi tiap-tiap seorang itu apa yang dia niat

Niat itu ialah segala amalan yang ditunaikan semata-mata kerana mengabdikan diri kepada Allah, apabila ada sifat riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada orang, maka berlakunya syirik yang tersembunyi yang boleh menghapuskan pahala seseorang itu.

Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis bagaimana pada Hari Kiamat kelak ada tiga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk dibicara di hadapan Allah Taala.

Orang yang pertama dipanggil ialah seorang yang alim, lalu ditanyakan kepadanya : “Apakah yang engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?”. Lalu dia menjawab: “Aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu olehMu, wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai.”

Padahal dia menyebarkan ilmu secara tidak ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan bahawa:

kamu belajar ilmu dan menyebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana Aku.” Lalu ilmunya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.

Sementara orang yang kedua yang dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya :

apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?”. Dia menjawab : “wahai Tuhanku, aku bekerja bertungkus-lumus, aku diberi rezeki kekayaan olehMu, aku memberi sumbangan derma.” Lalu Allah berfirman : “engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan, tetapi dengan sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yang pemurah dan bukan kerana Aku,” lalu amalannya ditolak dan dia diseret kedalam api neraka.

Manakala yang ketiga dipanggil ialah seorang yang berjihad, apabila dia ditanya oleh Allah : "apakah yang dia lakukan di dunia dahulu? Dia menjawab : “wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu”, lalu Allah berfirman : “betul engkau berjihad, tapi bukan kerana Aku. Engkau berjihad supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani”, lalu amalannya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.

Allah SWT mendedahkan di dalam Al-Quran suatu golongan yang mendirikan masjid dan memakmurkan Masjidil Haram di zaman Rasulullah SAW, pada masa yang sama menentang Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah maksudnya : “adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (surah At-Taubah : 19)

Begitulah pentingnya ikhlas kepada Allah. Oleh kerana kita adalah hamba Allah SWT, maka segala nikmat yang dikurniakan kepada kita sama ada akal, fikiran, iman, kesihatan tubuh badan termasuk harta benda adalah pemberian daripada Allah SWT.

Maka tanggungjawab beribadah dan segala amal kebajikan yang dilakukan hendaklah dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah Taala. Allah tidak meminta apa-apa upah daripada kita.

Malah Allah menjanjikan untuk memberi pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang mengerjakan amal yang soleh. Lihat betapa orang yang ikhlas diterima oleh Allah Taala.


Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW memberitahu tentang seorang yang bersedekah dengan hati yang ikhlas, tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang wanita pelacur serta penzina.

Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada pelacur. Lalu orang itu berkata : “wahai Tuhanku, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pelacur.”

Pada malam esoknya dia berkata : “ malam ini aku akan memberi sedekah.” Tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya. Lalu orang ramai memeperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya yang memang ada harta. Lalu dia berkata : “wahai Tuhan, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang kaya.”

Pada malam esoknya dia berkata : “malam ini aku akan bersedekah lagi.” Tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang pencuri. Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang pencuri. Lalu dia berkata : “wahai Tuhan, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pencuri.”

Lalu Allah mengutuskan utusan memberitahu kepadanya bahawa Allah Ta’ala telah menerima sedekahnya kerana Allah. Mudah-mudahan si pelacur akan bertaubat, si kaya akan insaf dan menjadi seorang yang pemurah, manakala pencuri akan meninggalkan perbuatan mencuri itu.

Begitulah berkatnya amalan ikhlas kepada Allah. Bukan sahaja berkat, malah diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah Subha Nahu WaTa’ala.

Firman Allah yang bermaksud : “maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalamsurat amalannya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalannya).” (surah Al-Zalzalah : 7-8)

wallahu'alam.

comments (0) / Read More

Rabu, 20 Januari 2010 / Labels:

SELAMAT BERJUANG!

SELAMAT BERJUANG - Brothers

Nasyid ini saya tujukan khas kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang masih berada dikampus, dan juga kepada yang sudah meninggalkan alam kampus. Seterusnya kepada sahabat-sahabat dari Jemaah yang berbeza sama ada yang saya kenali atau pun tidak. Sama-sama kita teruskan perjuangan meletakkan Agama Allah s.w.t ditempat yang paling tinggi khususnya di Malaysia dan umumnya di muka bumi Allah s.w.t ini.

Walaupun kita semua sedar, mehnah dan tribulasi tidak pernah mengenal sesiapa pun dan kita pasti tidak akan terlepas daripadanya, namun kita jangan sesekali serik untuk terus berjuang! kerana itulah sunnah orang yang berjuang!

Biarlah ianya datang daripada sesiapa sekalipun, sama ada daripada pihak musuh terutamanya, ataupun orang yang turut berjuang bersama-sama kita, tidak kira sahabat-sahabat, ahli keluarga, hatta Murobbi atau Mas'ul kita sendiri...

Ianya bukanlah faktor penghalang untuk kita tidak terus mengorak langkah, kerana perjuangan yang suci ini selagi mana didasarkan niat kerana Allah s.w.t, selagi itulah ianya WAJIB diteruskan... Anggaplah ianya sebagai ujian atau kafarah daripada Allah s.w.t atas kelalaian kita dalam menyumbang tenaga untuk Kejayaan Islam...




Sama-samalah kita saling bantu membantu antara satu sama lain sebagaimana perintah Allah s.w.t :

"dan bantu membantulah kamu atas perkara-perkara Taqwa (kebaikan/makruf), dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara yang dilarang/ maksiat"........

SELAMAT BERJUANG!

comments (0) / Read More

/ Labels:

Agenda Tarbiyah vs. Cita-cita Siasah

Saya begitu tertarik dengan satu artikel daripada laman Saifulislam.com yang mengupas berkaitan "Agenda Tarbiyah vs Cita-cita Siasah".

Artikel ini sebenranya sudah lama dipostkan oleh penulis (Abu Saif @ Ustaz Hasrizal), namun saya baru terbaca dan suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat pengunjung.



Abu Saif cuba mengaitkan senario yang melanda Gerakan Islam di Malaysia khususnya PAS dan di juga negara-negara lain seperti Ikhwanul muslimun di Jordan, AKP di Turki dan sebagainya... Pertembungan antara Siasah dan Tarbiyyah pada pandangan saya sesuatu yang perlu dipandang serius dan memerlukan penyelesaian yang terbaik.



Pertembungan ini pada saya berlaku tidak lain dan tidak bukan masing-masing(gerakan Islam di seluruh dunia/negara) mempunyai impian dan hasrat yang begitu tinggi untuk meninggikan Agama Allah s.w.t du muka bumi ini seterusnya mengembalikan kegemilangan Khilafah Islamiyyah.

Artikel ini juga menyentuh berkaitan fenomena yang berlaku di Jordan, bagaimana pemisahan identiti (siasah dan tarbiyyah) yang dilakukan oleh Ikhwanul muslimun rentetan tekanan daripada pemerintah dan penguasa. Entiti siasah dan Tarbiyah diasingkan dengan mewujudkan parti Jabhah al-'Arnal al-Islami atau Islamic Action Front. Penubuhannya menjadikan mereka dapat bergerak secara berasingan biarpun kedua-duanya mendokong idealisma yang sama.

Setelah selesai membaca artikel ini, tergerak di hati saya untuk mencadangkan supaya di Malaysia khusunya, semua gerakan Islam sepatutnya disatukan Idealisme dengan memandang bahawasanya Risalah Islam yang dibawa adalah sama namun tidak mengapa pendekatan berbeza. Contohnya, Jemaah PAS digalakkan untuk meneruskan agenda siasahnya (kerana sudah lama dan berpengalaman dalam siasah) dalam memastikan Islam dapat menerajui kepimpinan negara dan dalam masa yang sama Jemaah-jemah lain seperti JIM, ABIM, ISMA, HALUAN dan sebagainya menjadi entiti yang mengukuhkan Tarbiyah dikalangan penyokong atau pengikut PAS.


Setahu saya, ianya pernah berlaku sebelum ini dimana Tuan Guru Abdul Hadi sewaktu memegang Tarbiyah di dalam PAS pernah bekerjasama dengan ABIM bagi meningkatkan Tarbiyyah dikalangan ahli PAS. Namun sekarang ianya dilihat tidak lagi berlaku ditambah pula dengan wujudnya pelbagai Jemaah baru yang pelbagai nama.


Pada pandangan saya, usaha kearah ini patut berlaku kerana pemisahan idealisme dengan pelbagai jemaah ini amat merugikan Islam. Masing-masing (pengikut) seolah-olah wujud tembok pemisah yang menyebabkan mereka tidak boleh bekerjasama. Mungkin diperingkat pimpinan tertinggi tidak bermasalah, tetapi ahli-ahli dibawah terlalu "terpisah" bahkan kritikal di kampus-kampus.


Sewaktu dikampus dan sekarang diluar kampus saya sempat melalui dan merasainya dan merasakan fenomena ini ianya langsung tidak bermanfaat kepada Islam khusunya di Malaysia, umumnya dunia (Khilafah Islam).


Tidak berniat saya mengulas panjang, sama-sama kita hayati apa yang diperjelaskan oleh Abu Saif dalam tulisan beliau.....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
AGENDA TARBIYAH VS CITA-CITA SIASAH

Oleh : ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/

Saya sedang memikirkannya secara serius.



Apakah akan sampai satu hari nanti PAS terpaksa memisahkan identiti TARBIYAHnya daripada identiti SIASAH? Pemisahan bukan kerana pemisahan prinsip pada cabang-cabang pemikiran Niccolò Machiavelli dalam Siasah dan Sayyid Qutb di dalam Tarbiyah. Bukan begitu. Pemisahan yang saya maksudkan itu adalah pemisahan yang terbit dari kegagalan menserasikan gerak kerja siasah berbanding cita-cita Tarbiyah.


Wujudkah idea atau masalah seperti ini?


Jawapan saya, YA.


Ada yang wujud secara terancang dan ada juga yang wujud secara tidak terancang.


Biar saya sentuh tentang sampel perbandingan ini, setelah saya selesai menjelaskan mengapa isu ini saya kaitkan dengan survival PAS.


SENARIONYA


Mungkin dalam keghairahan kita bekerja keras untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU12 yang lalu, kita terlepas pandangan kepada siapa yang kita ajak naik sekapal. Seumpama bahtera Nuh ’alayhi al-Salam, pelbagai spesis bersatu di dalam bahtera yang belum bernama, tetapi disepakati sebagai kenderaan paling efektif keselamatan berdepan dengan ribut penindasan dan kezaliman pemerintah.


Dalam ribut dan hujan itu, kita berasa kagum dengan kepelbagaian spesis yang duduk sekapal. Kagum sekali di dalam kempen PAS, kaum Cina dan India memenuhi ruang. Terkasima melihat pemuda India bermotor mengibarkan bendera PAS di sana sini. Malah terkejut sekali melihat kekecewaan kaum Cina tatkala Lim Kit Siang buat masalah dengan Istana Perak.


Segala perbezaan agama, bangsa dan ideologi nyata tidak relevan tatkala sasarannya ialah kezaliman BN yang mesti ditumbangkan.


Sunnatullah, kerjasama dalam pasukan sentiasa lebih utuh dari bergerak sendirian. Hasilnya luar biasa, lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan tersungkur dan kini terwarta sebagai wilayah Pakatan Rakyat.


Jika sebelum ini kita uzurkan perbezaan kerana mahu menumbangkan kezaliman, kini kita sedang teruji untuk mendamaikan perbezaan kerana mahu menegakkan keadilan.


Di sinilah terbitnya warna warni sebenar kita. PKR dimomok-momokkan sebagai ’belum hilang budaya UMNOnya’. DAP pula kelihatan belum bersedia untuk lebih berwajah nasional dan PAS pula, semakin dipersoalkan sejauh manakah mereka telah berubah, atau hakikatnya masih sama seperti sebelumnya


Semenjak di awal kempen PRU12, saya sudah pun membangkitkan tentang perlunya perubahan yang dilakukan oleh PAS, didokumentasikan dalam bentuk yang jelas. Apakah sebenarnya yang berlaku hingga PAS berubah? Atau mungkin boleh dipatah balikkan soalan itu kepada, apakah sebenarnya PAS sudah berubah?


Soalan-soalan ini terbiar tanpa penjelasan yang menghasilkan diam. Memang ada kenyataan-kenyataan dibuat oleh satu dua atau tiga orang pemimpin PAS tetapi ia masih kekal sebagai kepingan puzzle yang belum dikenal pasti apakah gambaran akhirnya.


· Apakah perubahan pendekatan PAS dari perjuangan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan itu kesan daripada keputus asaan PAS terhadap konsep Negara Islam yang diperjuangkannya?


· Apakah perubahan pendekatan PAS itu adalah sebagai strategi sementara tatkala PAS belum ada upaya untuk bersendirian memperjuangkan apa yang ingin diperjuangkannya? Lantas demi mencari teman perjuangan, PAS mengubah suai pendekatan untuk mencari common language ?


· Apakah perubahan pendekatan PAS itu adalah taqiyyah ? Berpura-pura berubah untuk meraih kemenangan dan seandainya kekuatan yang terhasil memungkinkan dirinya untuk bertindak, maka PAS akan kembali kepada dirinya yang sebelum ini?


· Atau apakah perubahan pendekatan PAS itu adalah kerana pendefinisian semula yang dilakukan oleh PAS terhadap apa yang dimaksudkannya sebagai Negara Islam, Politik Islam dan sistem hidup Islam? Jika benar ia suatu pendefinisian, apakah ia sesuatu yang positif atau negatif?


Persoalan-persoalan ini sudah pernah saya ketengahkan, khususnya di dalam artikel pasca PRU12 seperti ”MENJERNIHKAN PERUBAHAN PAS – DAP”. Keperluan kepada analisa terpeinci terhadap motif perubahan PAS semasa PRU12 itu menjadi lebih kritikal apabila ia dirujuk kepada aspek perkaderan dan pembentukan fikrah ahli-ahli gerakan Islam, khususnya PAS sendiri.


Di dalam bahasa Tarbiyah, apakah yang dimaksudkan dengan perubahan-perubahan ini?



KESAN KESAMARAN


Apabila kesamaran itu dibiarkan, ia memutikkan permasalahan apabila PAS mula masuk ke gelanggang kerja.


Tidak ada pihak yang mampu mendakwa bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di dalam PRU12 itu adalah kemenangan kumpulannya.




PKR yang menang besar itu pasti tidak lupa kepada setiap peluh keringat jentera PAS yang membantu di segenap kawasan yang ditandinginya. DAP juga tidak dapat lari dari kenyataan bahawa kemenangan yang diperolehinya adalah sebahagiannya hasil keterbukaan segelintir orang Melayu dan Muslim yang sanggup memejamkan sebelah mata mereka dari segala catatan silam, atas optimisnya mereka kepada komitmen DAP kepada prinsip-prinsip yang adil dan saksama. Malah PAS juga masih terkenang-kenang betapa nostalgianya PRU12 apabila bulan purnama dan laungan Takbir disohorkan bukan lagi oleh Melayu (berketayap) semata-mata malah segala jenis Melayu, dan ditambah dengan bukan Melayu dan bukan Muslim.


Selepas kepelbagaian itu mencetuskan momentum kemenangan, bagaimanakah kepelbagaian itu menuntut ghanimah selepas pilihanraya? Di sinilah terujinya semua pihak.


Dari perspektif PAS, bagaimanakah sikap dan pendekatannya untuk menguruskan kepelbagaian kawan dan lawan selepas menjadi kerajaan memerintah? Mampukah performance PAS mengalihkan lawannya menjadi kawan? Sejauh manakah PAS mampu mengekalkan kawan sebagai kawan dan apakah ada kawan yang berubah menjadi lawan? Kesemuanya ini memerlukan kepada kemampuan tahap tinggi oleh PAS untuk mengaturnya.

KONSERT MAS IDAYU DAN ELLA


Baru-baru ini Selangor dipanaskan dengan bantahan Pemuda PAS Negeri terhadap konsert Mas Idayu dan Ella sempena perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor. Bantahan ini menjadi satu kes yang jelas untuk dijadikan sampel kepada pertembungan di antara hasrat TARBIYAH dan tindak tanduk SIASAH yang saya perkatakan di awal artikel ini.


Tentu sahaja, di atas kefahaman dan pegangan yang berpaksikan kepada TARBIYAH, apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS Selangor itu merupakan tindakan yang berasaskan kepada prinsip amar maa’ruf nahi munkar. Hubungkait tindakan itu dengan kehendak teks TARBIYAH amat jelas. Namun persoalannya ialah, sejauh mana tindakan itu tepat pada ukuran SIASAH? Mahu tidak mahu, ia harus dipertimbangkan dari sudut SIASAH kerana PAS bukan gerakan dakwah semata-mata, tetapi ia adalah sebahagian daripada kerajaan yang memerintah.


Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, apakah tiada pendekatan lain yang lebih sesuai untuk tindakan amar maaruf dan nahi munkar dilakukan agar SIASAHnya tidak lari? Bantahan, memorandum, pemulauan, mungkin merupakan tindakan yang diambil oleh pihak yang tiada akses kepada kuasa eksekutif. Ia sesuai menjadi agenda pembangkang. Tetapi selepas menjadi pemerintah, apakah tidak mungkin bantahan itu dilakukan dalam format tindakan sebuah kerajaan?


Justeru timbul dua persoalan.


Apakah tindakan amar maaruf nahi munkar dengan format pembangkang itu dipilih kerana PAS terlupa yang dirinya sudah menjadi kerajaan yang memerintah (sebahagian jika tidak semua, dalam konteks Selangor). Atau PAS tidak mempunyai pengaruh untuk mempengaruhi rakannya di dalam PKR dan DAP agar menilai kembali konsert tersebut?


Atau mungkin boleh ditimbulkan soalan ketiga iaitu, apakah ada kemungkinan satu tindakan di luar kotak adalah apa yang diperlukan untuk menangani masalah ini (masalah Mas Idayu, atau Ella, atau artis, atau konsert, atau apa sebenarnya?)


Mahu tidak mahu, kita tidak harus mengenepikan pengaruh artis dan industri hiburan dalam keupayaannya mempengaruhi masyarakat. Cukuplah beberapa orang artis bergiat secara aktif membantu BN di dalam kempen PRU12 yang lalu. Kita tidak mahu artis bergabung pula menentang Pakatan Rakyat atau PAS itu sendiri. Kita tidak mahu dan tidak perlu menambah musuh.


Tentu sahaja saya tidak berada di posisi terbaik untuk menyatakan alternatif yang sepatutnya diambil oleh Pemuda PAS Selangor atau PAS Negeri sendiri. Justeru, pandangan yang dikemukakan ini hanyalah sumbangsaran fikiran yang dicetuskan sebagai bahan fikir yang kecil dan kerdil.


Sebagai sebahagian daripada kerajaan yang memerintah, apakah tidak mungkin Kerajaan Negeri Selangor ’memanggil’ artis melalui pertubuhan-pertubuhan mereka untuk berdialog?


Saya berkeyakinan bahawa kumpulan artis yang selalu dianggap sebagai ’pesalah’ ini, mungkin boleh bertindak sebaliknya jika kerajaan yang datang dari inspirasi TARBIYAH itu lebih terbuka pendekatan SIASAHnya. Sampaikan kepada mereka hasrat kerajaan Negeri bahawa dalam suasana masyarakat hidup tertekan dengan kenaikan kos hidup dan tekanan-tekanan yang lain, golongan artis diharapkan dapat menyuntik sesuatu yang lebih positif kepada masyarakat. Jangan dibelenggu dengan mesej-mesej yang melemahkan fikiran dan semangat rakyat untuk hidup. Sebaliknya gunakanlah kreativiti masing-masing untuk menghasilkan karya yang boleh menyuntik momentum survival kepada masyarakat.


Dalam erti kata yang lain, iktiraf peranan artis dan orang seni, berikan projek kepada mereka sesuai dengan ’kelebihan’ yang mereka ada. Kemudian dalam masa yang sama, suntikkan nilai-nilai yang secara berperingkat boleh mengubah mindset, world view, paradigma mereka terhadap kehidupan… sesuai dengan hakikat manusia yang diciptakan Tuhan sebagai makhluk inside-out.


Perubahan harus datang dari dalam.


Di dalam masa yang sama, soal penguatkuasaan harus juga berjalan.Hiburan yang terlalu melampau, harus dipantau dan diambil tindakan. Namun pembaris yang mahu diguna oleh sebuah gerakan Islam yang menjadi kerajaan memerintah haruslah seimbang di antara tuntutan TARBIYAH dengan SIASAH.


SEDAR TENTANG SOKONGAN


Sebahagian golongan Salafi tidak perasan bahawa segelintir yang menyokong mereka bukanlah kerana Islam yang mereka bawa, sebaliknya kerana titik sepakat mereka yang menentang tradisionalisma dan anasir-anasir konservatif di dalam masyarakat dan kehidupan beragama. Begitu jugalah PAS harus sedar bahawa sebahagian daripada mereka yang memberikan sokongan kepada mereka bukanlah kerana Islam yang mereka bawa, tetapi di atas titik sepakat semua yang menentang BN, sama ada kerana kezaliman mereka, atau sifat sesetengah golongan muda yang memang anti establishment.


Tatkala BN memerintah, mungkin sahaja BN menjadi sasaran golongan anti establishment ini. Dan apabila Pakatan Rakyat mentadbir, tidak mustahil kerajaan yang baru ini pula menjadi sasaran kumpulan ini. Itu yang saya fikirkan tatkala mengamati insiden yang berlaku di Kelana Jaya hari ini (6 Julai 2008).



Justeru di mana hujung pangkal masalah ini untuk suatu tindakan yang berkesan boleh diambil? Saya tidak ada jawapan yang mudah untuknya.


Tetapi saya ingin membawa kita semua kembali kepada isu pokok, iaitu agenda menserasikan kehendak TARBIYAH dengan SIASAH.


PAS dan mana-mana gerakan Islam tidak akan bertemu dengan konflik ini selagi mana ia duduk sebagai pembangkang. Hal ini akan hanya timbul apabila sebuah gerakan Islam berjaya sampai kepada kuasa. Prinsip-prinsip yang mendominasi TARBIYAH sebuah gerakan Islam, akan teruji dengan realiti yang harus ditadbirnya dengan mandat SIASAH yang diterima. Mungkin berjaya, mungkin sebaliknya.


SAMPEL TERANCANG


Di negara seperti Jordan, Al-Ikhwan al-Muslimun sebagai sebuah gerakan Islam memisahkan identiti TARBIYAH daripada identiti SIASAH.


Ditubuhkan seawal 1942, Al-Ikhwan al-Muslimun Jordan kekal bertahan dan terselamat daripada tindakan-tindakan pengharaman oleh Istana dan kerajaan yang memerintah, yang mana salah satu strategi yang diguna pakai, adalah mewujudkan entiti politik yang berasingan, dikenali sebagai Jabhah al-’Amal al-Islami atau Islamic Action Front. Penubuhannya secara rasmi pada tahun 1992 menjadikan Jabhah al-’Amal al-Islami dan Ikhwan, bergerak secara berasingan biar pun kedua-duanya mendokong idealisma yang sama.


Secara mudahnya, al-Ikhwan al-Muslimun bergerak dengan agenda TARBIYAH mereka manakala Jabhah al-’Amal al-Islami pula menjadi platform politik. Ahli kepada al-Ikhwan al-Muslimun tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk menceburkan diri ke arena politik dengan menjadi calon Jabhah al-’Amal al-Islami. Tindakan-tindakan Jabhah di arena politik tidak disabitkan kepada identiti al-Ikhwan al-Muslimun dan perkembangan politik Jordan juga terhad impaknya kepada Jabhah tanpa mengorbankan Ikhwan.


SAMPEL TIDAK TERANCANG


Keadaannya agak berbeza apabila kita mengambil gerakan Islam di Turki sebagai kajian. Hingga ke akhir 90’an, gerakan Islam di Turki mempunyai banyak persamaan dengan Malaysia. Penglibatan Parti Refah di dalam politik Turki amat mirip kepada penyertaan PAS di dalam politik di Malaysia.


Akan tetapi, tekanan-tekanan yang amat dahsyat telah mendesak gerakan Islam di Turki untuk menyemak kembali pendekatan dan agenda mereka. Persoalan form and substance menjadi titik penting yang dianalisa oleh pendukung-pendukung Refah yang kemudiannya beralih ke Fazilet selepas pengharaman Refah pada tahun 1998. Desakan untuk menilai pembawaan mereka menjadi lebih kritikal apabila Fazilet pula diharamkan pada tahun 2001.


Tekanan dari luar dan dalam mendesak tokoh-tokoh seperti Necmettin Erbakan, Receb Tayyip Erdogan, Abdullah Gul, Recai Kutan dan lain-lain duduk mencari solusi. Apakah satu parti baru mahu dibentuk dengan form and substance yang sama dengan Refah dan Fazilet, atau bagaimana?


Di sinilah berlakunya pertembungan di antara cita-cita TARBIYAH dengan SIASAH. Necemettin Erbakan dan barisan ‘Old Guards’ politik Islam di Turki mahu supaya mesej asal perjuangan mereka diteruskan. Persoalan Negara Islam, perlaksanaan Syariat Islam, menjadi sesuatu yang diperjuangkan secara jelas, sekurang-kurangnya mirip kepada slogan-slogan Refah dan Fazilet sebelumnya.


Manakala generasi muda seperti Erdogan pula mahu pendekatan yang lebih realistik diambil tanpa membelakangkan nilai-nilai Islam itu sendiri.


Mereka gagal mencapai kata sepakat.


Akhirnya kerjasama yang wujud selama ini retak dan dua pembawaan itu terpaksa membawa haluan masing-masing. Aspirasi TARBIYAH Necmettin Erbakan dimanifestasikan dengan penubuhan Parti Saadet di bawah kepimpinan Recai Kutan. Manakala pendekatan SIASAH baru dengan form and substance yang baru pula diterjemahkan dengan penubuhan Parti Adalet ve Kalkinma (AKP) yang diterajui oleh Receb Tayyip Erdogan.


Hari ini, jika mahu dibandingkan PAS di Malaysia dengan Turki, apakah PAS lebih mirip kepada Saadet atau AKP? Masih sulit untuk soalan sebegini dijawab.


Apakah ia suatu keuntungan kepada survival Islam di Turki?


Masih sulit untuk kita berikan jawapan. Di dalam Pilihanraya Umum 2007, cita-cita baru yang diperjuangkan oleh SIASAH AKP telah berhasil mencapai 46.66% undian. Manakala Parti Saadet dan cita-cita TARBIYAHnya hanya berhasil memperolehi 2.34%.


Persimpangan yang memisahkan agenda TARBIYAH dengan survival SIASAH di Turki berlaku dalam suasana perpecahan dan tidak terancang.


BAGAIMANA PAS DAN MALAYSIA


Soalnya, apakah keadaan yang berlaku ke atas Al-Ikhwan al-Muslimun dan kumpulan-kumpulan Islam di Turki, akan juga berlaku ke atas PAS di Malaysia? Sejauh manakah kehendak-kehendak Islam yang diperjuangkan PAS di dalam agenda TARBIYAH, mampu dipertahankan ketika memegang mandat SIASAH sebagai kerajaan yang memerintah?


Seandainya pemisahan identiti TARBIYAH dan SIASAH ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka apakah PAS akan memilih pemisahan secara terancang, atau menunggu hingga datang unsur terpaksa dan kemudiannya menyebabkan berpecahnya dua aliran ini?


Jika PAS meyakini bahawa kehendak TARBIYAH dan SIASAH tidak pernah bergesel dan isu yang ditimbulkan ini langsung tidak relevan dengan realiti yang ada, maka sikap-sikap PAS selaku pemerintah khususnya di negeri seperti Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan terus menjadi medan ujian. Kebijaksanaan dan kematangan PAS menzahirkan bahawa PAS mampu menguruskan perbezaan agama, bangsa dan ideologi, hatta juga perbezaan genre muzik, adalah untuk menjawab benarkah PAS ini memang UNTUK SEMUA.


PAS UNTUK SEMUA itu sangat kritikal untuk diterjemahkan kepada tindakan kerana ia berfungsi sebagai bahasa politik kepada menterjemahkan firman Allah:


Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam [Al-Anbiyaa’ 21: 107].



comments (0) / Read More

Isnin, 18 Januari 2010 / Labels:

Al Fatihah buat 2 sahabatku : Mujahid fiSabilillah

Bismillahirrahmanirrahiim...
------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ini, pada tarikh 25 Muharram 1431 H (11.01.2010), bertubi-tubi saya menerima mesej daripada sahabat-sahabat dari beberapa kampus lain tentang berita pemergian dua insan yang begitu aktif bergerak kerja Islam di Kampus.

Amat mengejutkan, kedua-dua insan tersebut merupakan orang yang sempat saya kenali setahun yang lalu sewaktu bertandang ke UPSI iaitu arwah Ustaz Fadhiri dan Ustaz Faizol. Ustaz Faizol sempat saya bertemu tapi tidak sempat berta'ruf panjang... Tapi Ustaz Fadhiri merupakan orang yang begitu banyak membantu dan menjadi pelayan setia saya sewaktu menjadi tetamu dirumah beliau dan sahabat-sahabat disana.

Sepanjang dua hari satu malam saya berada disana, saya dilayan seperti seorang VIP, ditambah pula dengan sifat beliau yang mesra, seolah macam sudah lama kami kenal.


Allahyarham Ustaz Fadhiri

Allahyarham Ustaz Faizol

Kedua-dua sahabat ini yang saya ketahui merupakan antara orang yang bergitu komited dengan gerak kerja Islam di Kampus. Tambah lagi mereka juga terkenal dengan akhlaq dan sifat yang terpuji dikalangan mahasiswa Islam. Ustaz Fadhiri sememangnya terkenal dengan gelaran Ustaz walaupun mengambil jurusan Pendidikan Matematik. Ini kerana, sewaktu saya ke UPSI untuk bertemu sahabat Perpustakaan disana, sempat saya bertanya kepada mereka sama ada kenal atau tidak Saudara Fadhiri. Tapi yang pastinya bila disebut Ustaz Fadhiri barulah kata mereka "semestinya sangat kenal".

Selepas selesai pertemuan dengan Sahabat Perpustakaan UPSI, arwah Ustaz Fadhirilah orang yang datang menjemput saya untuk bermalam dirumah beliau dan sahabat-sahabat. Kebetulan, pada waktu itu sahabat-sahabat begitu sibuk membuat persiapan untuk program pada malam tersebut. Sempatlah saya melihat komitmen yang begitu tinggi dikalngan sahabat-sahabat disana (termasuklah arwah ustaz Faizol). Mereka berniaga pada malamnya (sewaktu konsert Ustaz Akhil Hayy) dan pada esoknya pula mereka bertungkus lumus membuat persiapan untuk Kelas Pengajian Pondok pula dikampus.

Tetapi, dalam kesibukan tersebut, Ustaz Fadhirilah yang menjadi tema setia yang bersama-sama saya sehinggalah beliau sendiri yang yang menghantar saya menaiki bas pada esoknya. Terima Kasih banyak Syeikh! Jazakallahukhairan Kathira......

Saya dimaklumkan, mereka terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Program Tarbiyyah untuk pelajar-pelajar tahun akhir... Semoga pemergian mereka berdua Allah golongkan dalam keadaan mereka keluar dijalan Allah, tambah lagi mereka dalam proses menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi di kampus UPSI.

Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang soleh lagi beriman. Mudah-mudahan sahabatku tenang bertemu Allah s.w.t.... amiin..

Al Fatihah untuk mereka berdua...

comments (0) / Read More

Jumaat, 1 Januari 2010 / Labels:

Jagalah Hati

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kepada sekalian ummatnya tentang peranan hati dalam menentukan sama ada baik atau buruk sesuatu jasad seseorang...

"Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. itulah dia hati. (Riwayat Bukhari - 2/49)





sama-samalah kita menjaga hati supaya tidak dinodai oleh titik-titik maksiat. moga-moga kita tidak terus jauh terpesong lantas lupa peranan kita sebagai hamba yang perlu mengabdikan diri kepadaNya....

comments (0) / Read More

Selasa, 1 September 2009 / Labels:

Sambutan Kemerdekaan di Kampusku


Tahniah
diucapkan kepada Pusat Islam UTHM, Kelab Iqra' dan juga JTPI kerana telah berjaya menganjurkan program kemerdekaan pada kali ini dengan penghayatan sebenar sebagai ummat Islam. Program yang dijalankan serba sedikit dilihat mampu merubah pemikiran warga kampus berkaitan cara sambutan dan bagaimana menzahirkan rasa syukur pada Pencipta atas keamanan dan kemerdekaan yang dikurniakanNya. Malamnya kami berqiamulail dan esok paginya bermula dengan kuliah Kemerdekaan, Sajak Kemerdekaan dan Perujian Murattal Quran.


Kebetulan sambutan kemerdekaan pada kali ini bersama-sama kedatangan bulan Ramadhan, maka adalah "tidak senonoh" jika budaya menyambut kemerdekaan dengan konsert lagho diteruskan. Tapi amat mengecewakan apabila masih ada "golongan" yang bersetuju dengan kaedah mencemarkan kesucian Ramadhan ini diteruskan, terutamanya di tengah Kota Ibunegara!

Mana pergi Mufti dan Ulama-ulama Islam Hadhari yang lantang bersuara dalam banyak isu sebelum ini? mungkin mereka ini sudah bersuara, tapi suara mereka "tidak suka" didengar oleh kebanyakkan pemimpin negara yang sebelum ini bergegar-gegar "memperjuangkan Melayu dan Islam"... mungkin juga mereka ini sudah selesa berada disejadah dan bantal empuk mereka sehingga lupa melakukan nahi mungkar!

"berkata benar walaupun dihadapan pemimpin adalah antara Jihad yang besar/utama"
-Hadis-


Teringat saya peristiwa 2 tahun yang lalu, sewaktu diajak bersama-sama abang dan juga kakak senior K.Iqra' untuk bertemu Naib Censelor waktu itu, iaitu Prof Dato Dr Hj Ismail Hj Bakar untuk menyerahkan memorendum membantah tindakan Universiti membenarkan artis melakukan konsert dengan persembahan tarian yang tidak sopan disamping mengundang budaya yang "tidak sihat" berlaku sepanjang berlangsung sehingga selesainya program.

Dalam pertemuan tersbut, kami bawakan bukti berbentuk gambar dan juga video bagi mengukuhkan bantahan kami. Alhamdulillah diakhir pertemuan kami itu, ayahanda Dato' melahirkan rasa duka cita dan berbanyak terima kasih atas usaha dan keberanian kami menyatakan pendirian. Selepas daripada pertemuan itu, dan tahun ini masuk tahun ketiga, alhamdulillah tiada lagi sambutan sedemikian dibuat, tiada lagi konsert lagho, bunyi percikan mercun (pembaziran), "couple jalanan" yang mana selama ini mengundang kemurkaan daripada Allah s.w.t. Terima Kasih ayahanda!

Mudah-mudahan suasana sambutan kemerdekaan yang bertepatan dengan syariat Islam dapat berterusan di bumi UTHM ini... sekali lagi tahniah kepada Pusat Islam UTHM, K.Iqra' dan JTPI kerana proaktif mendahului sambutan kemerdekaan pada kali ini.... wallahu'alam.

comments (1) / Read More

/ Labels:

Ramadhan Mubarak, Ganjaran Berganda!



Alhamdulillah, dulu kini dan selamanya puji dan syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi peluang kepada kita semua sekalian ummat Islam untuk menikmati kemanisan Ramadhan pada kali ini.

Moga-moga dengan kehadiran Ramadhan ini, kita dapat menjana dan mengecas semula bateri tarbiyah yang kadang-kadang kehilangan kuasanya sebelum daripada ini, untuk kita berhadapan dengan sebelas lagi bulan yang lain selepas daripada ini. Kita berpuasa pada hari ini merupakan proses, dan mudah-mudahan output yang akan kita dapat selepas berakhirnya Ramadhan ini adalah pakaian TAQWA. sebagaimana firman Allah s.w.t :



Saya menyeru kepada diri dan juga sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita mengambil peluang dan kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t disamping merebut ganjaran yang melambung tinggi dan berlipat-lipat kali ganda.

Tidak lupa untuk sama-sama kita nantikan kehadiran dan mencari malam lailatul qadar yang nilainya berupa seribu bulan. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita semua KERAHMATAN, KEAMPUNAN dan PEMBEBASAN DARI AZAB NERAKA... wallhua'alam.

comments (0) / Read More

Selasa, 21 Julai 2009 / Labels:

PAS Suka Mencerca! - Dr Asri, PAS Tiada Skima @ Modul Untuk Mencerca! - Ust Nasarudin (KP PAS)

Teguran terbuka oleh Dr Asri terhadap segelintir pemimpin PAS dan juga ahlinya yang dikatakan mengamalakan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka sama ada didalam ceramah umum, didalam blog dan sebagainya. Sejurus selepas itu ketua Pemuda PAS iaitu Nasrudin Hassan at Tantawi memberi maklum balas terhadap apa yang lontarkan dan bersedia menganggap ianya sebagai suatu nasihat dan dalam masa yang sama mempertahankan bahawa didalma Tarbiyyah PAS tidak pernah mendidik ahli supaya bersifat sedemikian.... sama-sama kita teliti, kaji dan hayati apa yang telah diutarakan oleh ketua-dua tokoh ini....

Jika PAS Sudi Mendengar


Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.

Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.


Respon kepada Pandangan Dr. Asri Zainal Abidin

Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)


1. Berasaskan kepada apa yang diajar oleh Islam bahawa antara sifat orang yang beriman ialah :

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه

orang - orang yang sedia untuk mendengar lalu mengikut apa yang terbaik .

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

Merekalah golongan yang telah mendapat petunjuk Allah swt dan merekalah jua golongan yang celik aqal [ intelek ] .

Surah az zumar - 18

2. Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes - kes tertentu .

3. Saya menegaskan demikian kerana secara umumnya PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sememangnya telah berulang kali dalam banyak modul tarbiyyah dan penerangannya secara rasmi mendidik pemimpin dan anggota agar bijak dalam membawa risalah Islam yang diperjuangkan ini . Ianya beramal dengan kebijaksanaan yang diwahyukan :

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة

Serulah [ berdakwah ] olehmu agar manusia kembali ke jalan tuhanmu dengan hikmah [ bijak ] .... dan peringatan [ mauizah ] yang baik serta dialog atau debate [ mujadalah ] yang baik .

4. PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca siapa sahaja yang berbeza pendapat , sebaliknya apa yang diajar ialah berlapang dada dalam menerima perbedaan dan mengurus perbedaan pandangan dengan tenang , dewasa dan beradab . Kaedah yang sering dibawa ialah :

نتعاونوا فيما اتفقنا عليه و
نعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita saling berbeza pandangan .

5. Saya juga secara jujur dan benarnya tidak boleh menafikan betapa masih wujud secara ketara dikalangan pemimpin dan anggota yang mengambil pendekatan caci dan cerca dalam ceramah mahupun kuliah mereka terhadap pihak yang berbeza pendapat dengan mereka . Terkadang tahap dan kadar cercaan itu agak keterlaluan dan sukar kawal lantaran ia dikuasai oleh nafsu dan perasaan .

6. Saya menerima luahan atau tulisan Dr. Asri sebagai nasihat . namun sekali lagi saya mahu pertegaskan bahawa PAS tidak mengajar para pejuangnya walau di mana posisi ia berada untuk memaki hamun sesuka hati mencaci cerca serata tempat melainkan pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati kepada mangsanya . Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt :

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya [ dizalimi ] ; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Surah al Hajj : 39

7. Dakwah Nabi saw. adalah contoh method dakwah yang terbaik . Adakala Nabi saw berlembut seperti saat berdepan dengan badawi yang kencing di dalam masjid . Tika itu Nabi saw menghalang Saidina Omar yang berhasrat untuk memukul badawi tersebut kerana perlakuan biadabnya . Namun sikap Nabi saw pada waktu itu menjadikan badawi terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam lalu melafazkan syahadah .

8. Adakalanya pula Nabi saw bersikap tegas dan kasar seperti Nabi saw menangani kedatangan Omar rha. [ masa itu beliau belum beriman ] yang mahu membunuh beliau dirumah al Arqam . Nabi saw menerima kedatangan Omar dengan segera menerpa lalu mencekak leher baju Omar dengan garang Nabi saw berkata untuk apa kamu datang ? Sikap nabi yang kasar dan tegas itu membuka pintu hati Omar rha seorang yang keras dan kasar pada waktu untuk beriman .

9. Demikian halnya , Nabi saw pernah tidak memaafkan musuh seperti seorang yahudi bernama Kaab bin Asyraf sehingga Nabi saw pernah berkata , jika ditemui Kaab ini bergantung di kelambu kaabah sekalipun hendaklah kamu bunuhnya . Namun Nabi yang sama jugalah pernah memaafkan wahsyi yang membunuh bapa saudara baginda yang sangat dikasihi Hamzah Abdul Muttalib .

10. Begitulah episode kebijakan Nabi saw dalam berdakwah . Itulah hikmah yang perlu dimiliki oleh para pejuang Islam dan para pemimpinnya . Namun , dasar umum dalam berdakwah ialah pendakwah mestilah hadhir dengan segala kerendahan budi dan keizzahan diri , sopan santun dan bertata susila , berakhlak dan beradab . Firman Allah swt :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Surah aali Imran : 159

comments (0) / Read More

Ahad, 19 Julai 2009 / Labels:

Pemuda Aset kepada Ummah

Ashabul Kahfi merupakan sekumpulan muda remaja yang mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran. Mereka lari dan bersembunyi di sebuah gua bukan untuk menyelamatkan nyawa, tetapi untuk menyelamatkan iman dan kebenaran . Mereka tidak mengenal erti seronok zaman remaja.

Sayidina Ali KWJ ketika baru berusia lima belas tahun sangat pintar, matang dan serius dalam berfikir. Apabila Rasulullah SAW mengajak beliau untuk memeluk Islam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk pulang berunding dengan ibu bapanya. Belum pun sampai menemui ibu bapanya, beliau berpatah balik dan menemui Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bertanya: “Apa keputusan ibu bapamu?”
Jawab Sayidina Ali, “Ketika Allah menjadikan aku, Allah tidak berunding dengan ibu bapaku, mengapa pula aku perlu berunding dengan ibu bapaku untuk menjadi hambaNya yang berpegang kepada kebenaran.”

Lantas beliau memeluk Islam waktu itu juga. Demi kebenaran dan keyakinan jugalah maka Sayidina Ali sanggup mempertaruhkan nyawa dengan berbaring (tidur) menggantikan tempat Rasulullah SAW di malam di mana Rasulullah SAW berangkat untuk berhijrah. Sedangkan pada malam tersebut pihak musuh telah membuatkeputusan dan menyediakan pasukan untuk membunuh Rasulullah SAW. Apabila empat puluh orang pembunuh handalan menerkam ke tempat tidur tersebut untuk membunuh, mereka dapati Sayidina Ali yang sedang tidur dan bukannya Rasulullah SAW.

Sayidina Ali yang sememangnya semenjak kecil dalam keadaan miskin, tidak pernah kenal erti berfoya-foya, berhibur dan membuang masa. Kepintaran berfikir itu dimilikinya kerana semenjak kecil hatinya bersih dari sebarang titik noda.

Seorang remaja, Mus`ab bin Umair, gambaran hidupnya secara ringkas dikaitkan dengan gambaran kehidupan umat. Daripada Ali bin Abi Talib, “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus`ab bin Umair dan tiada di badannya kecuali sehelai selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya, baginda menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus`ab ketika berada di Makkah dahulu, dan sangat dimanjakan oleh ibunya, berbanding nasib Mus`ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta kekayaan di Makkah).

Kemudian Rasulullah SAW bersabda; “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu ketika nanti, datang di waktu pagi dengan satu pakaian dan datang di waktu petang dengan pakaian lain pula. Dan bila diangkat satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Kaabah?”
Jawab para sahabat, “Wahai Rasulullah, tentulah di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan beri tumpuan kepada ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda :, “Tidak, keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada hari itu.” (Riwayat At Tirmizi)

Imam Syafie ketika berusia sembilan tahun sudah menghafal tiga puluh juzuk Al Quran. Ketika berumur dua belas tahun sudah mampu mentafsir Al Quran dan menghafal kitab Al Muwattha` karangan Imam Malik. Pada usia empat belas tahun sudah mengajar para alim ulama.Kepintaran beliau terbukti melalui pencapaiannya dalam hal-hal yang tersebut itu. Malah tindakannya juga memiliki hikmah. Ini terbukti apabila suatu hari di bulan Ramadhan sebaik sahaja selesai mengajar anak muridnya yang terdiri di kalangan alim ulama, beliau membuka bekalan lalu makan.

Perbuatan Imam Syafie tersebut meresahkan anak muridnya. Imam Syafie sangat menyedari reaksi tersebut. Menjawab kepada pertanyaan muridnya yang terlalu hairan kerana makan di siang hari bulan Ramadhan itu Imam Syafie dengan tenang dan teratur berkata, “Aku memang sengaja berbuat demikian. Dan soalan inilah yang ditunggu-tunggu. Aku hanya mahu menguji kamu semua sejauh mana kamu peka dan faham menanggapi semua keadaan berpandukan pengajian yang telah dipelajari. Sebenarnya aku belum baligh (belum diwajibkan berpuasa).”


Muhammad Al Fateh yang disebut oleh Rasulullah SAW secara umum dalam hadis yang bermaksud: “Konstantinopel akan dikuasai oleh pemimpin yang baik, bersama tentera yang baik dan rakyat yang baik.” Muhammad Al Fateh adalah seorang yang semenjak balighnya tidak pernah meninggalkan sembahyang tahajjud. Di bawah pimpinan beliaulah Konstantinopel yang berdiri teguh untuk sekian lama di tangan Kristian berjaya ditawan dan kini kekal sebagai Istanbul di bawah kerajaan Turki.

Menilik kepada belia, remaja atau muda mudi kita dewasa ini, tentunya amat mendukacitakan. Andainya iktibar di atas tadi dikemukakan ada pihak yang dengan mudah menolak;
“Ah, itu dulu dan tentulah idealistik. Kini zaman telah berubah dan berbeza.”
Atau ada pula yang tidak terlalu memperlihatkan penolakan tetapi memberi komentar, “Umat Islam kini jangan terlalu khayal dengan keagungan masa silam.”
Memaparkan kejayaan mereka bukan satu khayalan atau terlalu ideal. Tetapi ingin mencari iktibar di mana rahsia kejayaan mereka. Sebab itu Imam Malik r.a. menegaskan tidak akan berjaya umat ini kecuali kembali kepada kaedah yang telah terbukti membawa kejayaan kepada umat terdahulu.

Lebih-lebih lagi dalam menangani masalah di kalangan remaja. Kita tidak perlu mencetus-cipta berbagai kaedah yang kebanyakannya berada pada tahap uji kaji dan cuba jaya. Apabila masyarakat digegarkan dengan gejala negatif, bertambah banyak lagi saranan, perancangan dan program yang diwujudkan. Selepas tempoh tertentu semuanya senyap dan lenyap begitu saja. Kita tentulah tidak rela keadaan seumpama itu terus berlaku. Kerana implikasinya ialah terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit digunakan tanpa membawa natijah yang memuaskan. Kita juga perlu menyedari iaitu para belia dan remaja merupakan aset penting negara dan umat dengan tanggungjawab besar yang bakal dipikul mereka.

Bukanlah suatu yang mustahil terjadi di mana dalam keadaan mereka yang masih remaja melalui kehidupan negatif tanpa pengubatan, akan diwarisi oleh kehidupan remaja generasi akan datang selepas mereka, yang jauh lebih parah. Ertinya, kini mereka remaja yang bergelumang dengan gejala negatif. Mereka terbiar tanpa dipedulikan. Mereka pula akan dewasa. Tentulah anak-anak mereka bakal mengalami keadaan yang lebih tenat. Kita harus sedar, inilah proses yang telah dan sedang berlaku di kalangan masyarakat Barat. Di zaman ibu bapa mereka sedang remaja, berhibur berfoya hingga jam dua belas tengah malam. Apabila tiba giliran anak-anak mereka mencapai alam remaja, mereka berhibur, berfoya-foya hingga sepanjang malam.

Oleh itu jangan buat alasan; “Tidak mengapa, dan kita kena toleransi kerana kita dulupun melalui alam remaja yang menempuh keadaan yang sama.” Sebenarnya tidak sama. Parahnya gejala negatif kini kerana dulunya di peringkat ibu bapa sudah mengalami unsur negatif yang diabaikan terhadap mereka oleh golongan terdahulu. Air sungai yang kalau keruh di hulu pastilah keruh di kuala.

Apa jua jenis program terhadap belia mestilah menepati keperluan spiritual, mental dan fizikal. Perlu disenaraikan secara terperinci setiap program itu yang benar-benar dapat mengisi spiritual, mental dan fizikal. Perlu benar-benar dikenal pasti yang mana program bersifat spiritual, yang bersifat mental dan fizikal. Dan di situ dapat dilihat sejauh mana ratio atau nisbah pengisian tersebut seimbang atau tidak.

Setiap penyakit ada ubatnya yang serasi. Tersilap ubat adakalanya bukan saja penyakit tidak sembuh malah apa yang dianggap ubat itu boleh mendatangkan mudharat pula. Apabila membicarakan gejala negatif remaja janganlah hendaknya tersalah ubat atau memberi ubat yang tidak serasi. Terlalu mengelirukan apabila ada yang berpendapat gejala negatif itu boleh diubati dengan hanya memanjat bukit, masuk ke hutan, berkayak, berakit, berenang dan bersilat. Kalau benarlah langkah tersebut berkesan, tentulah masyarakat Barat mencapai tahap minima kalaupun tidak sifar. Kerana mereka mempunyai seribu satu macam formula, kaedah, cara, teknik dan pendekatan dalam menghadapi kemelut kehidupan mereka.

Ingatlah ancaman paling besar kepada kehidupan manusia ialah kerakusan nafsu. Gelombang kerakusan nafsu tidak dapat dipatahkan atau ditundukkan dengan cara memanjat bukit, berakit, bersampan dan bersilat. Iman sahaja merupakan pendekar yang mampu menewaskan gelodak nafsu.

Persoalannya, sebanyak mana pengisian iman yang dilalui oleh belia/pemuda kita seperti yang pernah dilalui oleh Sayidina Ali, Mus’ab, Imam Syafie, Muhammad Al Fateh dan yang seumpamanya?

comments (0) / Read More

Selasa, 14 Julai 2009 / Labels:

Mahasiswa Aset Berharga Negara


Pada zaman 6o-an, Mahasiswa merupakan golongan yang paling dihormati dikalangan masyarakat Negara ini. Ianya kerana, pada waktu itu mahasiswa amat terkenal sebagai golongan yang terpelajar disamping dalam masa yang sama mampu mengetengahkan isu dan juga permasalahan yang melanda masyarakat sehingga ianya sampai kepangkuan pemimpin-pemimpin Negara. Penghormatan dan pencapaian tersebut berlanjutan sehinggalah ke suatu tahap suara mahsiswa tidak lagi diendahkan oleh masyarakat di Negara ini.

Malaysia pada hari ini merupakan antara negara yang tergolong dalam golongan Negara-negara yang sedang membangun. Negara yang sedang membangun memerlukan sistem dan juga modal Insan yang terbaik, berkualiti disamping proaktif supaya Negara dapat terus meningkat maju kehadapan. Dalam melahirkan modal insan ini, Mahasiswa dilihat golongan yang terbaik yang mampu memberi keyakinan kepada semua masyarakat dalam memimpin Negara pada masa akan datang. Ini kerana golongan mahasiswa ini dikatakan yang paling kehadapan dan berpendidikan berbanding generasi muda yang tidak bergelar Mahasiswa di Negara ini.

Tetapi, yang menjadi persoalan sekarang, dalam suasana Negara yang mengalami pelbagai permasalahan yang melibatkan golongan belia termasuklah Mahasiswa itu sendiri, adakah golongan Mahasiswa pada hari ini masih boleh diletakkan harapan pada diri mereka? Jika diperhatikan, Mahasiswa pada hari ini seolah-olah tidak mahu bersedia untuk menyiapkan diri mereka bagi menjadi pelapis kepada kepimpinan Negara mahupun pelapis kepada golongan-golongan professional dan ulama yang ada di dalam Negara ini. Tidak dinafikan, masih wujud segelintir golongan Mahasiwa yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan atau pun persatuan yang mampu membentuk diri mereka menjadi seorang yang proaktif dan berintegriti. Tapi, lebih ramai daripada itu yang leka dan asyik dengan keseronokkan zaman remaja mereka yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang bakal merosakkan keintelektualan mereka.

Setiap Mahasiswa perlu sedar bahawa, kita semualah yang bertanggung jawab memastikan Negara terus membangun pada masa akan datang sama ada dari segi fizikal mahupun modal Insan yang bersahsiah mulia dan terpuji. Oleh itu, saya menyeru kepada sekalian Mahasiswa, sama-samalah kita menyiapkan diri kearah menjadi modal insan yang berkualiti kepada Agama dan Negara disamping mampu berhadapan dengan cabaran global yang semakin mencabar. Disamping itu juga, janganlah kita terus hanyut dibuai keseronokkan dan kealpaan dunia yang memungkin kita gagal dalam kehidupan dunia mahupun akhirat kelak. Wallahualam.

comments (0) / Read More


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com